Monday 26 April 2010

Latihan Ikatan Dan Manik Kayu

Pada 27 Mac 2010, Majlis Kokurikulum Sk Tanjung Langsat mengadakan latihan Asas Ikatan dan Manik Kayu di Tapak Perkhemahan KRD'T di Kg Sungai Tiga Tanjung Langsat kepada pelajar Tahun 3, 4,5 dan 6.
Antara hasil kerja kumpulan.
Guru penasihat sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara membuat ikatan dan membina binaan semasa perkhemahan
Antara pelajar dan kumpulan yang paling baik menghasilkan binaan ( Para Dapur ). Tahniah En Azrool dan kumpulannya.
Cikgu Rosdi sedang tekun memberi tunjuk ajar...

Tahniah kepada semua guru yang hadir bersama-sama dalam aktiviti ini.

Latihan Pertolongan Cemas Dan Balutan

Pada 03 April 2010, Majlis Kokurikulum SK Tanjung Langsat telah mengadakan latihan asas Pertolongan Cemas Dan Balutan kepada pelajar Tahun 4, 5 dan 6.
Aktiviti bermula pada pukul 08.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari
Guru-guru penasihat menunjukkan dan melatih kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ujian dijalankan.
Setelah 1 jam mengadakan latihan bersama-sama guru penasihat kumpulan masing-masing, setiap kumpulan dikehendaki mengadakan demotrasi berdasarkan situasi yang diberikan.
Kepada guru penasihat yang terlibat ... tahniah atas kerjasama dan ilmu yang diberikan kepada murid-murid.

Sunday 25 April 2010

Pengenalan

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat
Alamat : Peti Surat 16, 91750, Masai, Johor
No Tel : 07-2162477